Thursday, December 31, 2009

BESTARI - Rahsia di Sebalik Nama

Jika dilihat trend, rata - rata PASTI ataupun tadika - tadika islam yang lain lebih selesa menggunakan nama - nama bahasa Arab, namun kami lebih selesa menggunakan nama BESTARI kerana ia menyimpan rahsia tersendiri.
Dibuka dengan rasminya pada tahun 2006, nama BESTARI adalah buah fikiran saudara Mohd Rosharizan Mohd Rozlan, seorang AJK PASTI ini. Pada peringkat awal, pengurus PASTI tidak begitu bersetuju kerana bunyinya terlalu hambar, lazim dan 'skima'. Namun setelah diterangkan oleh tuan punya idea, ia dipersetujui sebulat suara. Menurut beliau, BESTARI menyimpan ungkapan ' Bersama Sertai Tarbiyah Islam' yang menggambarkan tujuan dan hala tuju institusi ini.
Ungkapan yang juga telah menjadi motto dan tagline PBPBP.

Catatan Manis 2009 - Pelajar PBPBP terbaik Selangor


Untuk pengetahuan semua, selama 4 tahun PASTI Bestari beroperasi, di antara catatan paling manis ialah pada tahun 2009, apabila seorang pelajar 5 tahun kita, Munawwarah Binti Mahadi telah muncul sebagai pelajar terbaik negeri Selangor.
Cara penilaian dibuat secara berperingkat, di mana setiap PASTI memilih pelajar terbaik untuk diuji di peringkat kawasan (Puchong) dan yang terbaik di peringkat ini akan mewakili kawasan di peringkat negeri. Munawwarah telah melepasi peringkat ini dan muncul dengan marah tertinggi.
Munawwarah adalah anak ke2 daripada 4 orang adik beradik, di mana kedua ibubapanya adalah guru sekolah.
Pihak PBPBP ingin merakamkan jutaan tahniah kepada beliau serta tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk tahun 2010. Bersama Sertai Tarbiyah Islam.

Wednesday, December 23, 2009

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru 2010

Pengurusan PBPBP ingin mengucapkan salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru 2010 kepada semua pelanggan. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan dan bersamalah kita berusaha untuk memantapkan lagi pusat ini untuk masa - masa akan datang. BESTARI - BErsama Sertai TARbiyah Islam. Allahu Akbar!