Sunday, October 24, 2010

HARI BAKAT Kawasan Puchong : BESTARI raih 1 Emas, 1 Gangsa

Serdang (24 Okt) - Hari Bakat PASTI Kawasan Puchong 2010 berakhir dengan Pasti Bestari membawa pulang 1 pingat emas dan satu pingatt gangsa.
Pingat emas dimenangi melalui acara hafazan perempuan iaitu Adik Rizka Nur Safika Sufian, sementara pingat gangsa dimenangi melalui acara bercerita lelaki, Adik Muhamad Danish Fikri Khuzaimi
Hari Bakat tahun ini diadakan di 3 Dewan kuliah di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pasti Ainul Mardhiah muncul sebagai Juara Keseluruhan, diikuti Pasti Ar Raihan dan Pasti Putra Permai.
Majlis penutup dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi yang juga diiringi oleh Ustaz Soffiean Ismail, YDP PAS Puchong dan Saudara Mohd Rosharizan Ketua Pemuda PAS Puchong.

Monday, October 4, 2010

Pemuda Puchong lawat Pasti At Taqwa

Cikgu Syed, Pengurus Pasti Bestari, bersama 20 ahli Dewan Pemuda PAS Puchong, telah mengadakan lawatan tidak rasmi ke PASTI At Taqwa, Batu 6 Kuala Terengganu.
Lawatan tidak rasmi ini diadakan sejurus kumpulan ini selesai bersarapan pagi di Pekan Batu 6 pada hari itu. Selesai bersarapan mereka berjalan kaki ke perkarangan masjid At Taqwa untuk melawat Sekolah Darul Taqwa, dan Pasti tersebut berada di dalam kawasan itu.
Di dalam lawatan ringkas itu, mereka sempat menemubual 2 orang tenaga pengajar mengenai beberapa perkara bersangkutan. Lawatan diakhiri dengan Pemuda menyumbangkan RM100 kepada PASTI itu sebagai sguhati lawatan.
Kumpulan pemuda ini berada di Terengganu dari 1 sehingga 3 Okt untuk menghadiri Ijtima' Tarbawi Pemuda peringkat Kebangsaan yang diadakan di Masjid Rusila, Marang.