Wednesday, February 16, 2011

Pasti Bestari anjur ceramah sempena Maulidur Rasul

15 Feb : PASTI Bestari telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program ringkas yang dinamakan ' ANAK PASTI SAYANG RASUL' yang melibatkan acara utamanya iaitu ceramah Maulidur Rasul
Acara ini diadakan di premis PASTI, bermula jam 10 pagi dengan pertandingan mewarna kanak - kanak di bahagian dalam bangunan. Di bahagian luarnya pula diadakan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yg Bhg Ustaz Adlin, YDP PAS cawangan Lembah Pantai, yang juga Pengarah PASTI Wilayah Persekutuan.
Acara diteruskan dengan persembahan Nasyid dan diakhiri dengan penyampaian hadiah.

Friday, February 4, 2011

Warga PASTI dan Cawangan bersantai di Port Dickson

Port Dickson (3/4Feb) : Warga kerja PASTI Bestari dan ahli keluarga telah meluangkan masa 2 hari di dalam Program Hari Keluarga bertempat di Le Paris Hotel, Port Dickson Negeri Sembilan.
Program 2 hari satu malam ini dimulai dengan konvoi, yang diketuai oleh Pengarah Program Sdr Syed Shahril Faisal menuju ke tempat program bermula pukul 1130 pagi. Keadaan lalulintas agak sibuk memandangkan program ini berbetulan dengan cuti Tahun Baru Cina, dan menyebabkan peserta tiba lewat daripada jadual.
Acara sebelah malam dimulai dengan solat maghrib dan isya' berjamaah diikuti dengan tazkirah oleh Ustaz Hayazi dan diakhiri dengan sedikit ucapan alu - aluan daripada pengarah.
Pada keesokan harinya, acara sukaneka diadakan di tepi pantai berhampiran hotel dan diakhiri dengan aktiviiti bebas sebelum program tamat pada pukul 12 tengah hari.

Sunday, October 24, 2010

HARI BAKAT Kawasan Puchong : BESTARI raih 1 Emas, 1 Gangsa

Serdang (24 Okt) - Hari Bakat PASTI Kawasan Puchong 2010 berakhir dengan Pasti Bestari membawa pulang 1 pingat emas dan satu pingatt gangsa.
Pingat emas dimenangi melalui acara hafazan perempuan iaitu Adik Rizka Nur Safika Sufian, sementara pingat gangsa dimenangi melalui acara bercerita lelaki, Adik Muhamad Danish Fikri Khuzaimi
Hari Bakat tahun ini diadakan di 3 Dewan kuliah di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pasti Ainul Mardhiah muncul sebagai Juara Keseluruhan, diikuti Pasti Ar Raihan dan Pasti Putra Permai.
Majlis penutup dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi yang juga diiringi oleh Ustaz Soffiean Ismail, YDP PAS Puchong dan Saudara Mohd Rosharizan Ketua Pemuda PAS Puchong.

Monday, October 4, 2010

Pemuda Puchong lawat Pasti At Taqwa

Cikgu Syed, Pengurus Pasti Bestari, bersama 20 ahli Dewan Pemuda PAS Puchong, telah mengadakan lawatan tidak rasmi ke PASTI At Taqwa, Batu 6 Kuala Terengganu.
Lawatan tidak rasmi ini diadakan sejurus kumpulan ini selesai bersarapan pagi di Pekan Batu 6 pada hari itu. Selesai bersarapan mereka berjalan kaki ke perkarangan masjid At Taqwa untuk melawat Sekolah Darul Taqwa, dan Pasti tersebut berada di dalam kawasan itu.
Di dalam lawatan ringkas itu, mereka sempat menemubual 2 orang tenaga pengajar mengenai beberapa perkara bersangkutan. Lawatan diakhiri dengan Pemuda menyumbangkan RM100 kepada PASTI itu sebagai sguhati lawatan.
Kumpulan pemuda ini berada di Terengganu dari 1 sehingga 3 Okt untuk menghadiri Ijtima' Tarbawi Pemuda peringkat Kebangsaan yang diadakan di Masjid Rusila, Marang.

Saturday, September 25, 2010

Majlis Hari Raya Pasti Bestari tarik masyarakat setempat.




Sabtu (25 Sept) - Majlis jamuan Hari Raya Aidulfitri Pasti Bestari Pusat Bandar Puchong pada tahun ini berjaya menarik kunjungan penduduk setempat dari segenap lapisan masyarakat dari pelbagai latarbelakang.

Di antara tetamu adalah ibubapa murid Pasti, jiran - jiran di sekitar premis, pimpinan PAS kawasan Puchong, termasuk YDP Kawasan, Ustaz Soffiean Ismail dan guru - guru Pasti lain di Puchong.

Majlis yang merupakan acara tahunan Pasti Bestari ini, turut melibatkan penyampaian sumbangan kepada 12 keluarga miskin di sekitar premis, termasuk dua keluarga Cina dan India masing - masing.

Majlis bermula dari pukul 12 tengah hari dan berakhir pada 3 petang, namun beberapa tetamu masih lagi hadir selepas itu.