Saturday, January 30, 2010

Munawwarah terima anugerah PASTI Pusat














Munawwarah Binti Mahadi, murid PBPBP yang telah muncul sebagai Murid Cemerlang PASTI Selangor telah menerima anugerah di dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia hari ini. (30Jan10)
Majlis pada tahun berlangsung di Auditorium Utama Fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Ia dirasmikan oleh Y Bhg. Encik Ahmad Sabki Yusof, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Puchong juga telah diberi penghargaan untuk membuat persembahan selingan iaitu persembahan sajak dan nasyid dari Pasti Al Firdaus, Taman Puncak Jalil.
Majlis penganugerahan ini melibatkan murid - murid cemerlang 5 dan 6 tahun daripada seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Saturday, January 23, 2010

Murid PBPBP mencecah 50

Angka terkini murid PASTI Bestari Pusat Bandar Puchong adalah 50, pertambahan 2 pelajar daripada yang dilaporkan sebelum ini.
Berikut adalah jumlah murid PASTI lain mengikut cawangan di Puchong :-

  1. Pasti Al Iqbal - Kg Pulas - 100 orang
  2. Pasti Ar Raihan - Bandar Kinrara - 75 orang
  3. Pasti As Syifa' - Tmn Puchong Utama - 70 orang
  4. Pasti Ainul Mardhiah - Tmn Seri Serdang - 66 orang
  5. Pasti Putra Permai - Bandar Putra Permai - 62 orang
  6. Pasti An Nur - Tmn Puchong Intan - 58 orang
  7. Pasti Al Mawardi - Kg Seri Aman - 54 orang
  8. Pasti Firdaus - Tmn Puncak Jalil - 51 orang
  9. Pasti Al Huda - Kg Kenangan - 15 orang
jumlah keseluruhan - 601 orang.

Puchong tuan rumah Hari Anugerah Pelajar PASTI 2009


Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar PASTI negeri Selangor telah diadakan pada 23hb Jan 2010 yang lepas dan untuk penganjuran kali ini, PASTI Kawasan Puchong telah dilantik menjadi tuan rumah.
Majlis berlansung di Dewan Besar Institut Pertanian Serdang (IPS) dan ia melibatkan semua pelajar cemerlang tahun 2009 daripada kesemua 22 kawasan Parlimen di negeri Selangor. ADUN Bangi YB Dr Shafie b Abu Bakar telah merasmikan majlis dan beliau juga turut menyampaikan hadiah dan anugerah kepada pelajar - pelajar.
Kawasan Puchong diwakili oleh Mohd Akmal bin Azman dan Munawarah Binti Mahadi yang masing - masing di dalam kategori 5 dan 6 tahun. Kedua - duanya adalah pelajar PASTI Bestari Pusat Bandar Puchong. Munawarah juga muncul sebagai Pelajar Terbaik PASTI Negeri Selangor untuk kategori 5 tahun.

Tuesday, January 12, 2010

Panduan Umum Didik Anak-Anak

1. Tahap Pertama :Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.

2. Tahap Kedua : Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga : Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat : Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Wednesday, January 6, 2010

Murid PBPBP meningkat untuk 2010

Bilangan murid yang mendaftar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari Pusat Bandar Puchong menunjukkan peningkatan sebanyak 33.3% di dalam masa 2 hari pertama ia beroperasi untuk sesi 2010.
Tahun lepas bilangan pelajar adalah 36 orang, sementara untuk tahun ini, jumlahnya mencecah 48 orang. Untuk pecahan mengikut umur, 20 orang untuk 6 tahun, 24 orang untuk 5 tahun dan 4 orang untuk 4 tahun. Jumlah ini merupakan jumlah yang paling tinggi untuk pusat pra sekolah ini semenjak ia dibuka pada tahun 2006.
Untuk menampung kenaikan jumlah murid ini, pihak pengurusan telah menambah seorang lagi tenaga pengajar yang baru untuk tahun ini.
Pengurus PBPBP, Cikgu Syed ketika ditemui merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada pusat ini.
" Insya Allah, kami akan jadikan ini sebagai satu motivasi untuk meningkatkan lagi prestasi kami," tambah beliau.

Saturday, January 2, 2010

Kenangan Silam


Korban di Premis PBPBP - 22 Disember 2007