Wednesday, February 16, 2011

Pasti Bestari anjur ceramah sempena Maulidur Rasul

15 Feb : PASTI Bestari telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program ringkas yang dinamakan ' ANAK PASTI SAYANG RASUL' yang melibatkan acara utamanya iaitu ceramah Maulidur Rasul
Acara ini diadakan di premis PASTI, bermula jam 10 pagi dengan pertandingan mewarna kanak - kanak di bahagian dalam bangunan. Di bahagian luarnya pula diadakan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yg Bhg Ustaz Adlin, YDP PAS cawangan Lembah Pantai, yang juga Pengarah PASTI Wilayah Persekutuan.
Acara diteruskan dengan persembahan Nasyid dan diakhiri dengan penyampaian hadiah.

Friday, February 4, 2011

Warga PASTI dan Cawangan bersantai di Port Dickson

Port Dickson (3/4Feb) : Warga kerja PASTI Bestari dan ahli keluarga telah meluangkan masa 2 hari di dalam Program Hari Keluarga bertempat di Le Paris Hotel, Port Dickson Negeri Sembilan.
Program 2 hari satu malam ini dimulai dengan konvoi, yang diketuai oleh Pengarah Program Sdr Syed Shahril Faisal menuju ke tempat program bermula pukul 1130 pagi. Keadaan lalulintas agak sibuk memandangkan program ini berbetulan dengan cuti Tahun Baru Cina, dan menyebabkan peserta tiba lewat daripada jadual.
Acara sebelah malam dimulai dengan solat maghrib dan isya' berjamaah diikuti dengan tazkirah oleh Ustaz Hayazi dan diakhiri dengan sedikit ucapan alu - aluan daripada pengarah.
Pada keesokan harinya, acara sukaneka diadakan di tepi pantai berhampiran hotel dan diakhiri dengan aktiviiti bebas sebelum program tamat pada pukul 12 tengah hari.