Saturday, September 25, 2010

Majlis Hari Raya Pasti Bestari tarik masyarakat setempat.




Sabtu (25 Sept) - Majlis jamuan Hari Raya Aidulfitri Pasti Bestari Pusat Bandar Puchong pada tahun ini berjaya menarik kunjungan penduduk setempat dari segenap lapisan masyarakat dari pelbagai latarbelakang.

Di antara tetamu adalah ibubapa murid Pasti, jiran - jiran di sekitar premis, pimpinan PAS kawasan Puchong, termasuk YDP Kawasan, Ustaz Soffiean Ismail dan guru - guru Pasti lain di Puchong.

Majlis yang merupakan acara tahunan Pasti Bestari ini, turut melibatkan penyampaian sumbangan kepada 12 keluarga miskin di sekitar premis, termasuk dua keluarga Cina dan India masing - masing.

Majlis bermula dari pukul 12 tengah hari dan berakhir pada 3 petang, namun beberapa tetamu masih lagi hadir selepas itu.

Saturday, May 1, 2010

PUCHONG CEMERLANG LAGI

SHAH ALAM (1Mei) - Pasti Puchong sekali lagi menunjukkan kecemerlangan apabila berjaya menggondol gelaran PASTI Kawasan terbaik Kategori B negeri Selangor untuk kali ke3.
Pengumuman ini dibuat ketika Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang bertempat di Dewan Ballroom Bangunan SUK Negeri semalam.
Cikgu Syed Ahmad Thani, Naib Pengerusi PASTI Kawasan Puchong telah menjadi wakil kawasan untuk menerima hadiah berupa tropi dan cek bernilai RM 500 daripada exco Agama Dato' Hasan Ali.
PASTI terbaik untuk kategori A jatuh ke tangan PASTI Kapar.

Saturday, April 10, 2010

PASTI Bestari Juara Bola Jaring Kawasan





Puchong Indah - (10 April) : Walaupun tidak banyak harapan diletakkan, pasukan bola jaring PASTI Bestari telah muncul sebagai Juara di dalam Kejohanan Sukan Pasti Puchong 2010 yang bertempat di Padang awam MPSJ Puchong Indah semalam.
Pasukan Bolasepak, walaubagaimanapun, terpaksa berpuas hati dengan tempat ke3, apabila kalah di peringkat suku akhir menentang Pasti Mawardi.
Juara untuk pasukan bola sepak pada tahun ini adalah PASTI Putra Permai yang mengalahkan PASTI Mawardi 4 - 0.
Dengan ini PASTI Bestari dan PASTI Putra Permai akan mewakili Puchong di dalam Kejohanan Sukan PASTI Negeri Selangor penghujung bulan ini.

Saturday, January 30, 2010

Munawwarah terima anugerah PASTI Pusat














Munawwarah Binti Mahadi, murid PBPBP yang telah muncul sebagai Murid Cemerlang PASTI Selangor telah menerima anugerah di dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia hari ini. (30Jan10)
Majlis pada tahun berlangsung di Auditorium Utama Fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Ia dirasmikan oleh Y Bhg. Encik Ahmad Sabki Yusof, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Puchong juga telah diberi penghargaan untuk membuat persembahan selingan iaitu persembahan sajak dan nasyid dari Pasti Al Firdaus, Taman Puncak Jalil.
Majlis penganugerahan ini melibatkan murid - murid cemerlang 5 dan 6 tahun daripada seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Saturday, January 23, 2010

Murid PBPBP mencecah 50

Angka terkini murid PASTI Bestari Pusat Bandar Puchong adalah 50, pertambahan 2 pelajar daripada yang dilaporkan sebelum ini.
Berikut adalah jumlah murid PASTI lain mengikut cawangan di Puchong :-

  1. Pasti Al Iqbal - Kg Pulas - 100 orang
  2. Pasti Ar Raihan - Bandar Kinrara - 75 orang
  3. Pasti As Syifa' - Tmn Puchong Utama - 70 orang
  4. Pasti Ainul Mardhiah - Tmn Seri Serdang - 66 orang
  5. Pasti Putra Permai - Bandar Putra Permai - 62 orang
  6. Pasti An Nur - Tmn Puchong Intan - 58 orang
  7. Pasti Al Mawardi - Kg Seri Aman - 54 orang
  8. Pasti Firdaus - Tmn Puncak Jalil - 51 orang
  9. Pasti Al Huda - Kg Kenangan - 15 orang
jumlah keseluruhan - 601 orang.

Puchong tuan rumah Hari Anugerah Pelajar PASTI 2009


Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar PASTI negeri Selangor telah diadakan pada 23hb Jan 2010 yang lepas dan untuk penganjuran kali ini, PASTI Kawasan Puchong telah dilantik menjadi tuan rumah.
Majlis berlansung di Dewan Besar Institut Pertanian Serdang (IPS) dan ia melibatkan semua pelajar cemerlang tahun 2009 daripada kesemua 22 kawasan Parlimen di negeri Selangor. ADUN Bangi YB Dr Shafie b Abu Bakar telah merasmikan majlis dan beliau juga turut menyampaikan hadiah dan anugerah kepada pelajar - pelajar.
Kawasan Puchong diwakili oleh Mohd Akmal bin Azman dan Munawarah Binti Mahadi yang masing - masing di dalam kategori 5 dan 6 tahun. Kedua - duanya adalah pelajar PASTI Bestari Pusat Bandar Puchong. Munawarah juga muncul sebagai Pelajar Terbaik PASTI Negeri Selangor untuk kategori 5 tahun.

Tuesday, January 12, 2010

Panduan Umum Didik Anak-Anak

1. Tahap Pertama :Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.

2. Tahap Kedua : Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga : Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat : Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.